DEFINISI
Sekolah selamat
didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat dimana warga sekolah
mersa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam
mahupun dari luar.
Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh
mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan
bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah.
CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT
« Mempunyai
peraturan
« Mempunyai
pengawal keselamatan
« Sekolah
dikelilingi pagar
« Dilengkapi
dengan CCTV
« Mempunyai
pemantau/ guru bertugas
« Dilengkapi
dengan peralatan kecemasan spt pemadam api dan pili bomba
« Ada
pelan kecemasan
FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KEMALANGAN
(i) Faktor
manusia
(ii) Faktor
persekitaran
(iii) Faktor
semulajadi
PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT
Untuk
memastikan disiplin pelajar di sekolah terkawal serta meningkatkan lagi tahap
keselamatan sekolah di Malaysia, Program
Sekolah Selamat telah dilancarkan. Semua warga sekolah yang terdiri daripada guru, pelajar,
kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya memainkan
peranan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat. Setiap
warga sekolah juga mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan
diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan
tanggungjawab professional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat
berjalan dengan baik.
Oleh
itu, bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat, langkah-langkah seperti
berikut perlulah dilakukan :
1) Penglibatan Warga Sekolah
· Mewujudkan guru bertugas mingguan iaitu bertugas di pintu masuk dan
kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan.
·
Guru berada bersama pelajar pada setiap program dan aktiviti
sekolah.
·
Guru mengawasi dan makan di kantin sekolah.
· Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan
memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi kecemasan.
2) Latihan Dalam Perkhidmatan
· Program orientasi kepada staf baru tentang polisi, prosedur dan
tanggungjawab ke arah ke sekolah selamat.
· Memberi masa dan sumber yang mencukupi dalam latihan perkhidmatan untuk
warga sekolah bagi memastikan tidak berlaku keganasan di sekolah.
3) Kerjasama Pihak Luar
· Bekerjasama dengan agensi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi
menghadapi bencana alam dan memberi bantuan.
· Koordinasi pelan kecemasan antara agensi- polis, bomba dan pegawai
perubatan.
Contoh kerjasama pihak sekolah dengan pihak luar |
4) Kelab Pencegahan Jenayah
· Kelab ini merupakan badan sukarela yang dilaksanakan oleh pertubuhan
bagi mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta
keselamatan. Tujuan kelab ini ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran
pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah serta menukar
pandangan pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan
melaporkan situasi yang tidak menyenangkan.
5) Kawalan Keselamatan
· Setiap sekolah perlulah menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan
supaya persekitarannya rasa bebas dari ancaman keselamatan iaitu dengan cara
mewujudkan perancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi,
pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran,tanda nama pelawat dan
kawalan dari pengawal keselamatan.
6) Peranan Ibubapa Dan Persatuan Ibubapa
Dan Guru (PIBG)
· Ibubapa menyokong Program Sekolah Selamat dengan secara sukarela
melibatkan diri dalam aktiviti rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan
program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong,
menerima khidmat kaunseling dan belajar berkenaan akibat tingkahlaku keganasan
di sekolah.
7) Pegawai Personel
· Pegawai personel ialah seorang yang di tugaskan bertanggungjawab untuk
memimpin, menyelaras dan membantu dalam memastikan persekitaran sekolah selamat
wujud.
· Pengawal keselamatan sekolah ada sepanjang masa persekolahan dan dalam
semua program sekolah.
8) Jawatankuasa
· Setiap sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat yang
keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan
keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang
program / polisi sekolah selamat dan membantu dalam pengurusan sebelum dan
selepas krisis berlaku.
9) Pelan Pengurusan Krisis (PPK)
· PPK merupakan pelan khusus dan komprehensif
yang digunakan dlm menghadapi suasana kecemasan dan langkah-langkah yg perlu
selepas insiden.
· Krisis tersebut merangkumi kemalangan, tembak-menembak, kes tebusan,
penggunaan senjata api, kebakaran, ugutan bom, bencana alam, kematian, bunuh
diri, tunjuk perasaan, pencerobohan dan sebagainya.
(i) Senarai nombor-nombor telefon
agensi-agensi yang boleh dihubungi semasa kecemasan
(ii) Langkah-langkah pemberitahuan
ibu bapa cara memindahkan pelajar
(iii) Polisi dan prosedur bagi
mengendalikan pihak media
(iv) Tanggungjawab menyimpan rekod kejadian
(v) Pelbagai situasi termasuk yang
di luar jangkaan
ULASAN ISU/ PEKELILING
« Pekeliling
di atas adalah surat JPN yang memberitahu sekolah tentang Pengurusan dan
Keselamatam Makmal Sains/ Bilik Sains di Sekolah. Pihak JPN ingin menegaskan
bahawa pihak sekolah perlu mengambil berat tentang keselamatan pelajar semasa
menjalankan amali. Hal ini kerana pelaksanaan amali dalam mata pelajaran Sains
merupakan satu kaedah PdPc yang amat digalakkan untuk dilaksanakan oleh
guru-guru di sekolah. Pihak sekolah diingatkan untuk mengikuti Standard of
Procedure (SOP) dalam Makmal Sains berdasarkan kepada Buku Panduan Pengurusan
dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah (Edisi Kedua)yang diterbitkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.
« Aspek
keselamatan adalah amat penting dan semua pihak haruslah peka dan mengambil
langkah waspada. Keselamatan ini perlu diberi perhatian tidak kira dimana-mana
kawasan sekolah seperti pintu pagar, makmal, bilik darjah, padang dan dewan
sekolah.
No comments:
Post a Comment