Rumusan bab
pada
akhir topik ini, saya telah mempelajari tentang :
1. Pengurusan
v Proses
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan
(Stoner,1984).
v Satu
proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat
(Robbins,1984).
2.
Kepentingan pengurusan :
ü Menambah
pengetahuan
ü Meningkatkan
mutu amalan kerja guru
ü Menambahkan
produktiviti
ü Mendapatkan
keredaan Allah
3. Pengurusan bilik darjah
Definisi
:
Usaha
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada
kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014).
Strategi :
· Berpusatkan guru - Guru menguasai proses
pengajaran dan pembelajaran.
Cth: kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat
latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru
· Berpusatkan bahan - Guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan,
bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, dan lain-lain untuk
menjalankan pengajarannya sesuai perancangan.
· Berpusatkan pelajar - Murid digalakkan untuk
melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu,
kumpulan kecil, atau kelas
4. Pengurusan sekolah
§ Sekolah
merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di
dunia (Sharpe 1989).
§ Keunikan
ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak
dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
§ Lantaran
itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat
penting bagi wujudkan sekolah yang
berkesan.
§ Pengurusan
sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang
dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan
pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001).
5. Akta
Pendidikan 1996
•
Landasan dan wawasan
•
Sistem
pendidikan kebangsaan di semua peringkat
•
Kedudukan
bahasa kebangsaan
•
Kurikulum
kebangsaan
•
Peperiksaan
awam
•
Bahasa
kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib
•
Pengajaran
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
•
Bahasa
Kaum Asli
•
Kategori
Sekolah
•
Menubuh
dan menyelenggara tadika
•
Kurikulum
untuk tadika
•
Tempoh
pendidikan rendah
•
…dan
lain-lain
6. Kesimpulannya, pengurusan dan
pembelajaran yang efektif amatlah penting untuk proses pembelajaran yang
berkesan. Selain itu, ibu bapa dan guru turut memainkan peranan yang penting
untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar dalam proses pengurusan dan pembelajaran
pelajar.
No comments:
Post a Comment