My Friend

Bab 7 Pengurusan Sumber (Pusat Sumber Sekolah)

Contoh Pusat Sumber Sekolah Cemerlang



Rumusan bab
Pada akhir topik  ini, saya mengetahui beberapa perkara penting iaitu:




FUNGSI-FUNGSI PUSAT SUMBER
1)      Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
2)     Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
3)     Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
4)     Pintu masuk maklumat dari agensi luar
5)     Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
6)     Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
7)     Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
8)     Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
            9)     Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin


Langkah Pembentukan PSS yang Berkesan




Sumber dalam PSS boleh dibahagikan kepada :

Bahan (software)
Perkakasan (hardware)
     1)     Bahan cetak
-buku rujukan
-buku bergambar
-majalah
-surat khabar
-nota
  
     2)    Bahan bukan cetak
-bahan 3D
-Perisian
-carta
-permainan
     1)     Tayang
-projektor overhed
-projektor slaid
-projektor filem jalur
-projektor legap/ eviskop

     2)    Bukan tayang
-papan tulis
-papan magnet
-papan flanel
-bingkai carta flip/ pusing

Aktiviti Anjuran PSS
-DEAR = Drop Everything and Read                    - NILAM                      
- Pameran mengikut bidang                                    - Kuiz
- 10-minit membaca                                                  - Radio sekolah
- Pertandingan peringkat sekolah

Ulasan Isu


   ➽  Keratan akhbar di atas menerangkan tentang Pusat Sumber di SMK Dato’ Sagor yang mempunyai kelengkapan perpustakaan utama yang dikenali Pustaka Tun Sri Lanang dan sembilan lagi pusat sumber satelit yang menyediakan kemudahan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengetua SMKDS turut berkata bahawa PSS memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi tahap PdP serta pencapaian akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana pusat sumber dijadikan tempat untuk memperoleh , menghasilkan, mengurus dan mengedarkan bahan rujukan yang diperlukan oleh guru dan pelajar.  Selain itu, kemudahan PSS seperti ruang santai juga dapat memupuk sikap saling menyayangi dan menghormati antara guru dan pelajar. Buktinya, guru, pelajar dan kakitangan sekolah menggunakan ruang santai untuk melakukan permainan interaktif, tradisional dan juga menyanyi serta pidato. Alat bantu belajar  yang disediakan di PSS juga memudahkan pelajar untuk mencari rujukan.

   ➽ Jelaslah bahawa PSS ini amat penting untuk ditubuhkan di sekolah kerana ia dapat meningkatkan kualiti pendidikan serta IQ pelajar. Oleh itu, semua sekolah wajib mewujudkan sebuah PSS untuk memastikan sesi PdPc berjalan dengan lancar, ceria, interaktif dan menarik.

No comments:

Post a Comment