Definisi Budaya
Budaya
merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh
sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).
Definisi Pelbagai Budaya
Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sesebuah
organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan
menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya
yang inklusif dlm organisasi atau masyarakat berkenaan.
Teori Sosial Pelbagai Budaya
Pendidikan Pelbagai Budaya
Ø Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi
pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui
bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
Ø Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam
pendidikan formal atau tidak formal.
Ø Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk
mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira
perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia,
konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
Sebab utama guru tidak
mengamalkan pendidikan pelbagai budaya
1) Guru-guru
tidak tahu/memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
2) Guru
tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan
3) Guru-guru
tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai
budaya.
4) Guru-guru
tidak menyedari mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan
pendidikan pelbagai budaya
Ulasan Isu
Ø Berita
di atas disiarkan baru-baru ini iaitu pada 20 Mei 2019 yang menyatakan tentang Kementerian
Pendidikan mahu supaya penghayatan budaya kaum ditekankan di peringkat sekolah
dan universiti. Hal ini supaya semangat perpaduan antara pelbagai bangsa dapat
terus dipupuk. Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee Malik turut berkata
penghayatan budaya itu bukannya hanya difahami secara teori sahaja tetapi juga
secara praktikal supaya pelajar memahami erti kata sebenar kehidupan bersama. Beliau
juga berkata penghayatan ini boleh diwujudkan melalui pelbagai aktiviti bersama
di sekolah dan juga aktiviti kurikulum.
Ø Oleh
itu, komitmen semua institusi di sekolah perlulah ditingkatkan lagi untuk
mencapai sekolah yang aman dan harmoni. Lebih-lebih lagi sekolah di Malaysia
yang pelajarnya berbilang bangsa. Pihak sekolah perlu mewujudkan lebih banyak aktiviti
seperti program, kem dan juga pertandingan yang boleh menggalakkan penyertaan
semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan langkah murni ini, sekolah
dan negara kita pasti akan dapat melahirkan rakyat yang saling menyayangi dan
menghormati antara komuniti.
thank you hehe, boleh sudah saya copy paste and ubah sikit" HAHAHAHHA hrapan ba ni
ReplyDelete