My Friend

Bab 12 Pengurusan Kokurikulum




KONSEP KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

MATLAMAT
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

   (i)     Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan;

   (ii)   Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid;

   (iii) Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah;

   (iv)  Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
  
   (v)   Membina dan meningkatkan disiplin murid;

   (vi)  Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;

(vii) Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;




JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM
     Ø  Pasukan badan beruniform
(i)     Kementerian Pelajaran Malaysia
(ii)   Agensi Kerajaan
(iii)  Agensi Bukan Kerajaan

     Ø  Kelab dan Persatuan
(i)     Persatuan akademik
(ii)    Kelab Hobi dan Rekreasi

     Ø  Sukan dan Permainan
(i)     Permainan
(ii)   Olahraga
(iii) Sukan air

FUNGSI AKTIVITI KOKURIKULUM

   PENGURUSAN KOKURIKULUM
   ü  Membentuk carta organisasi
   ü  Menyediakan fail KOKUM & Pekeliling
   ü  Merancang aktiviti kokurikulum
   ü  Rekod penglibatan pelajar
   ü  Kejayaan kokurikulum sekolah
   ü  Melakukan pemantauan dan penyeliaan





ULASAN ISU



    Ø  Berita di atas menerangkan tentang isu pendidikan iaitu aktiviti kokurikulum yang membantu dalam pembentukan disiplin pelajar. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mahu supaya pihak sekolah bekerjasama dengan ibu bapa untuk membentuk sahsiah pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan menjadi kebanggaan keluarga. Tumpuan utama pendidikan bukan hanya pada bidang akademik tetapi juga aktiviti kokurikulum kerana aktiviti ini adalah jalan terbaik untuk membentuk diri pelajar dan mampu membuat keputusan terbaik dalam menjana hala tuju  masa depan. Hal ini kerana kebelakangan ini, disiplin pelajar semakin merosot dan sering menjadi isu hangat dalam pendidikan.

   Ø  Kokurikulum boleh membentuk disiplin dalam diri ketika pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan, menepati masa, memimpin ahli kumpulan dan bekerjasama melakukan kerja. Di samping itu, Pengarah Pendidikan Negeri P.Pinang turut mengatakan bahawa pengiktirafan kepada pelajar melalui hadiah atau anugerah dapat menyemarakkan lagi semangat pelajar, rasa dihargai dan lebih berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.

No comments:

Post a Comment