My Friend

Bab 5 Pengurusan Murid


    APA ITU PENGURUSAN MURID ?

·  Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti.

·      Dalam tajuk pengurusan murid ini, terdapat beberapa aspek penting yang saya ketahui iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid dan memotivasikan murid.

PENGURUSAN REKOD MURID
Ø  Rekod yang mengandungi maklumat murid ini perlulah diuruskan oleh guru dengan baik untuk :
1.     Memantau kemajuan murid
2.    Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
3.    Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan
4. Mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran
·         Memerlukan bimbingan khas
·         Bantuan kewangan
5. Menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.


Ø  Kaedah yang digunakan untuk mengurus rekod murid di sekolah adalah dengan menggunakan sistem secara atas talian (online), iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). APDM digunakan oleh guru untuk merekod latar belakang, kehadiran, keputusan peperiksaan dan kesihatan setiap murid, manakala SSDM bertujuan untuk menilai amalan baik dan buruk yang dilakukan oleh murid sepanjang berada di sekolah. Sistem ini sangat penting dalam membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas.

Ø  Guru juga perlu peka dengan maklumat murid melakukan pemerhatian semasa sesi P&P dimana perbezaan murid dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu:
«  Perkembangan mental            
«  Kadar pertumbuhan fizikal
«  Jantina
«  Sikap dan minat
«  Kecerdasan individu
«  Status sosioekonomi

KESEDIAAN PELAJAR
DEFINISI : Keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu.

Jenis kesediaan belajar

KESEDIAAN KOGNITIF
KESEDIAAN AFEKTIF
KESEDIAAN PSIKOMOTOR
u  Berkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir.

u  Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.

u  Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan.

u  Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dlm aktiviti itu.

u  Penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.

u  Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.



MEMOTIVASIKAN PELAJAR 
      v  Intrinsik
Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk  melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran.  Cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik.

v  Ekstrinsik
Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.

SURAT PEKELILING


v Ini adalah surat pekeliling yang mewajibkan semua sekolah untuk melaksanakan amalan guru penyayang. Tujuan Amalan Guru Penyayang ini dilaksanakan dalam kalangan murid dan dan warga sekolah adalah untuk melatih guru-guru agar membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penghayatan warga pendidik dengan konsep amalan ini dapat mengekspresikan lagi keprihatinan dan meningkatkan sikap kepedulian (concern) guru terhadap muridnya setiap masa. Pembudayaan sikap seperti ini sudah pasti menggembirakan pelajar kerana diberi perhatian dan kasih sayang serta guru yang mesra kepada pelajar (more welcoming) sekaligus memotivasikan pelajar untuk rajin datang ke sekolah.

v Amalan Guru Penyayang ini juga diperkasakan lagi dengan Amalan Senyum, Sapa dan Salam (3S) melalui Surat Siaran JPN Perak Bil 20 Tahun 2016. Jika amalan seperti ini tetap dilaksanakan dan diberi penambahbaikan lagi, nescaya murid-murid di sekolah akan lebih berdisiplin, hormat-menghormati dan yang lebih penting memudahkan tanggungjawab guru dalam pengurusan murid.





No comments:

Post a Comment