My Friend

Bab 11 Pengurusan Pelbagai Upaya




           “Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing...
           Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015

Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

KONSEP PEMULIHAN
«  Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”

«  Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.

«  Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.

«  Melalui program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan



KONSEP PENGAYAAN
Ø  Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.

Ø  Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.

Ø  Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

Ø  Objektif Pengayaan : Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. 

JENIS PENGAYAAN

PENGAYAAN MENDATAR
(aktiviti yg berdasarkan kpd kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan)
PENGAYAAN MENEGAK
(aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja)
« Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti

« Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama

« Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan

« Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama

« Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan

« Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas


INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS
  v Pintar cerdas
  v Autisme
  v Disleksia

9 JENIS KECERDASAN PELBAGAI

*Kecerdasan Logik-Matematik       *Kecerdasan Verbal-Linguistik
* Kecerdasan Muzik                         * Kecerdasan Kinestetik Badan
* Kecerdasan Interpersonal             * Kecerdasan Intrapersonal
* Kecerdasan Ruang Visual             *Kecerdasan Naturalis
* Kecerdasan Eksistensialis

v  Jelaslah bahawa semua individu mempunyai tahap keupayaan yang berbeza dan memerlukan perhatian yang khusus dari segi pendidikan. Oleh itu, para pendidik perlulah merancang pengajaran yang sesuai dengan keperluan mereka untuk mengembangkan lagi potensi dan kebolehan mereka. Masyarakat pula haruslah sedar tanggungjawab mereka untuk tidak mengasingkan mereka. 


ULASAN ISU



  
  « Berita di atas berlaku pada tahun ini iaitu bulan Januari yang menerangkan tentang tindakan murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menambah lagi bilangan guru pendidikan khas. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Datuk Dr Yasmin Hussain berkata kementerian akan mengenal pasti guru-guru berkelayakan dalam masa tiga bulan untuk menempatkan mereka di sekolah-sekolah yang berkenaan. Setakat ini, katanya sejumlah 15,218 guru pendidikan khas sedang berkhidmat di kira-kira 8,579 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan pendidikan khas.

 « Penambahan bilangan guru ini juga adalah untuk memenuhi keperluan pelaksanaan ‘Zero Reject Policy’ untuk murid berkeperluan khas. Zero Reject Policy ini dilaksanakan bagi memastikan murid berkeperluan khas menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah arus perdana melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Inklusif atau ke Sekolah Pendidikan Khas. Penambahan guru pendidikan khas ini pasti akan memberi keyakinan serta peluang kepada kanak-kanak kelainan upaya atau kanak-kanak istimewa untuk mendapatkan pendidikan yang sama rata.

No comments:

Post a Comment