My Friend

Bab 14 Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)






VISI
SEKOLAH BEBAS DADAH

MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui program pendidikan pencegahan dadah yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulm dan pembangunan sahsiah.

MATLAMAT
Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran menentang bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV serta bahan terlarang lain yang boleh merosakkan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

OBJEKTIF

     ·        Mempertingkatkan kemahiran murid berkaitan bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol, HIV dan bahan terlarang yang lain.

     ·         Memperkasakan ketahanan dan jati diri murid untuk menolak pengaruh dadah dan bahan terlarang yang lain.

     ·        Melahirkan murid kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan PPDa di sekolah.
     

     DIMENSI PENGURUSAN PPDA
Pengurusan PPDa dilaksanakan di sekolah merujuk kepada dimensi pengurusan dibawah untuk memastikan kelancaran aktiviti :

    « Dimensi 1 = Pengurusan dan Kepimpinan
    « Dimensi 2 = Pengurusan Pendidikan Pencegahan Awalan
    « Dimensi 3 = Pengurusan Seranta dan Publisiti PPDa
    « Dimensi 4 = Pengurusan Pendidikan Intervensi (Fail Sulit)
    « Dimensi 5 = Pengurusan Dokumentasi Data PPDa
    « Dimensi 6 = Pengurusan Penyelidikan PPDa
    « Dimensi 7 = Pengurusan PPDa dengan Agensi Luar

 
PENGURUSAN PPDA
« Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. Pengurusan yang berkualiti akan membantu perlaksanaan Program PPDa diterima oleh keseluruhan komuniti sekolah. Ia juga akan memberi kesan kepada diri pelajar agar tidak mudah terjebak dalam penagihan rokok dan dadah diperingkat awal lagi.

« Oleh yang demikian, sistem fail yang tersusun hendaklah diwujudkan. Ini bukan sahaja memudahkan proses pemantauan oleh KPM/JPN/PPD dan pihak sekolah sendiri, malah membantu pengurusan guru di sekolah. Beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya;


1)      Fail PPDa (fail induk)
a. Fail putih yang didaftarkan melalui rekod fail
b. Terkandung surat diterima dan surat keluar.
c. Perlu sentiasa direkod/semak/diminit.

2)     Fail pengurusan PPDa (fail sokongan)
a. Misi, Visi , Objektif dan matlamat PPDa
b. Jawatankuasa PPDa Sekolah 2011
c. Senarai tugas Jawatankuasa 2011
d. Perancangan / Takwim PPDa 2011
e. Pelan Tindakan
f. Kertas kerja/ Aktiviti

3)     Rekod-rekod PPDa
a. Rekod Kes Murid Terlibat Dadah/Ujian Urin (SM)
b. Rekod Kes Murid Terlibat Rokok (SM dan SR)
c. Rekod Aktiviti PPDa

4)    Program/ aktiviti PPDa
a. PPDa dlm KBSM
b. PROSIDAR
c. SLAD
d. Sambutan minggu anti-dadah
e. Mesej Antidadah dalam perhimpunan
f. Program Intervensi Pelajar

5)     Buku-buku PPDa
a. Perancangan strategik 5 tahun PPDa
b. Jurnal PPDa
c. Buku kit PdPc PROSIDAR
d. Pekeliling Ikhtisas PPDa

ULASAN ISU/ PEKELILING

Surat Pekeliling Pelaksanaan Program Sifar Dadah (PROSIDAR)


Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Ujian Urin


v Pekeliling di atas merupakan Pekeliling Pelaksanaan Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (Prosidar) dan juga surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah. KPM telah melaksanakan PROSIDAR untuk memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai. Program ini boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di bawah tajuk  “Gaya Hidup Sihat”. Kit pengajaran yang telah disediakan oleh KPM perlulah diaplikasikan oleh guru-guru untuk mendidik pelajar agar menjauhi dadah. Seterusnya, pihak KPM mengambil langkah untuk melaksanakan ujian urin kerana KPM juga maklum bahawa ada  murid-murid sekolah yang terlibat sama ada mencuba, memiliki, membawa dan mengedar dadah. Oleh itu, ujian urin dilakukan untuk mengesan dan melakukan pencegahan awal terhadap pelajar yang terbabit. Aktiviti seperti ini dilaksanakan dengan kerjasama AADK.

  v Oleh itu, pihak sekolah diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya untuk melaksanakan pekeliling yang diberikan oleh KPM untuk memastikan tiada pelajar yang terlibat dengan dadah. Hal ini penting untuk melahirkan masyarakat dan generasi muda yang sihat dan boleh membantu pembangunan negara.


No comments:

Post a Comment