My Friend

Bab 6 Pengurusan Bilik Darjah PAK21

Contoh susun atur kelas PAK-21



Bilik Darjah
  v  Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

Pengurusan Bilik Darjah
´  Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986).

´  Tujuan dimensi penyampaian ilmu = mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dll).

´  Tujuan pengurusan bilik darjah = membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan)

Pengurusan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah 
  «  Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait. Aspek ini melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran dan kebolehan menyusun organisasi pembelajaran. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bijak menggunakan teknologi dalam PAK21 serta teliti dalam melakukan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.

Ciri Pesekitaran Fizikal Bilik Darjah



Kesimpulannya, penguasaan guru dari aspek pengurusan bilik darjah ini amat penting kerana ia mempengaruhi diri pelajar,guru dan suasana pembelajaran. Oleh itu, guru perlu menguasai tiga faktor yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, iaitu Ilmu, Strategi dan Kemahiran. Tiga faktor tersebut harus dikuasai oleh guru bagi memastikan suasana bilik darjah berada dalam keadaan terkawal. Pengurusan bilik darjah juga berkaitan dengan aspek fizikal, mental dan murid dimana ia mempengaruhi keinginan mereka untuk sama ada belajar di dalam kelas atau tidak.


Ulasan Isu


« « Berita di atas adalah daripada Utusan Online pada tarikh 15 Januari 2018 yang menrangkan tentang isu pendidikan iaitu Pembelajaran Abad ke-21 yang merupakan harapan tetapi turut mempunyai cabaran dalam pelaksanaannya. YB Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut memaklumkan bahawa kelas PAK-21 akan dilaksanakan sepenuhnya di 2000 kelas di sekolah-sekolah terpilih yang melibatkan kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar. Sekolah yang terpilih ini kemudiannya akan dibekalkan kemudahan lengkap dan berharap agar institusi sekolah tersebut akan memanfaatkan sepenuhnya dalam proses PdPc nanti. Pelaksanaan PAK-21 ini mendapat sambutan yang baik daripada masayarakat. YB Menteri turut mengaskan bahawa, PAK-21 bukanlah semata-mata berpaksikan teknologi, tetapi lebih menjurus kepada pendekatan PdP yang menggalakkan pembelajaran kolaboratif, kreatif, pemikiran kritis dan komunikasi. Dalam konteks pendidikan Negara kita, PAK-21 mestilah berasaskan nilai yang menunjukkan kita sebagai warga Malaysia. Hakikat inilah yang dimaksudkan oleh beliau bahawa tanpa teknologi, PAK-21 masih boleh berlaku.

  •  «  Walaupun masih terdapat sekolah yang infrastruktur dan kemudahannya tidak mencukupi, PAK-21 ini perlu dilaksanakan juga kerana ini adalah salah satu langkah untuk merealisasikan FPK yang diterjemahkan dalam PPPM 2013-2025. Dalam membangunkan murid seimbang dan sejahtera yang dipupuk dengan Enam Aspirasi Murid, guru dan pentadbir perlu kreatif untuk menggunakan sumber yang ada, ataupun yang boleh diperolehi melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mengoptimumkan proses PdP. Peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat menyedarkan murid bahawa proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana sahaja tidak kira masa sepanjang hayat 

No comments:

Post a Comment