Kepimpinan = kesatuan
yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan
tertentu. Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia,
kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi
mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.
Organisasi = keupayaan memimpin melalui teladan (Dewan
Bahasa). Organisasi yang baik mempunyai orentasi visi dan misi ke depan.
Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang
efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan
suasana kondusif.
Ø Pentadbiran di peringkat sekolah
bermula dengan pengetua dengan
dibantu oleh Penolong- penolong Kanan yang terdiri daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, seterusnya Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga
pekerja-pekerja perkeranian.
Ø Kepimpinan diwujudkan dalam apa jua aktiviti yang disusun
secara rapi dan sistematik. Terdapat tiga teori kepimpinan, iaitu teori sifat,
teori tingkah laku dan teori kontigensi. Teori sifat merupakan kualiti yang
dimiliki oleh seseorang untuk melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin. Teori
tingkah laku berorientasikan tugas dan berorientasikan pekerja. Akhirnya, teori
kontigensi merupakan faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan
kepimpinan.
Ø Kepimpinan di peringkat sekolah pula akan dianggotai oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah
Seksyen 130 (2) (i) memperuntukkan semua sekolah hendaklah menubuhkan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Tujuan bagi pelaksanaannya adalah untuk membina
persefahaman antara guru dan ibu bapa. PIBG merupakan organisasi yang berdiri
sendiri (NGO). PIBG tidak menerima arahan daripada pengetua berbeza dengan
jawatankuasa lain yang menerima arahan dari pengetua. Bagi pelaksanaan aktiviti
PIBG, ahli jawatankuasa akan menentukannya, dan pengetua akan hadir sebagai
penasihat dan untuk mewakili sekolah. Walaupun begitu, PIBG tidak boleh membuat
sebarang keputusan dengan sesuka
hati. Apa sahaja keputusan yang hendak dibuat haruslah berbincang dan
meminta nasihat pengetua sekolah.
Ø Untuk memastikan kepimpinan dan organisasi di sesebuah
sekolah itu amat sukar kerana terdapat banyak cabarannya. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan isu-isu kepimpinan yang wujud di media massa. Antara isu yang sering didengar ialah yuran PIBG, pengetua dan kakitangan yang tidak sefahaman, hukuman sekolah dibantah ibu bapa dan lain-lain lagi.
ULASAN ISU
http://www.kosmo.com.my/terkini/guru-smk-ketereh-mahu-pengetua-ditukarkan-1.711404
ULASAN ISU
http://www.kosmo.com.my/terkini/guru-smk-ketereh-mahu-pengetua-ditukarkan-1.711404
Ø Berita di atas merupakan isu kepimpinan yang berlaku tahun
lalu di SMK Ketereh, Kelantan. Menurut sumber iaitu Kosmo Online, guru-guru di
SMK Ketereh mempamerkan rasa tidak puas hati mereka kepada pengetua mereka
dengan mengangkat sepanduk. Guru-guru tersebut membantah dan menggesa supaya
Jabatan Pendidikan Negeri menukarkan pengetua sekolah itu yang didakwa
mencetuskan tekanan perasaan dan mewujudkan suasana persekolahan yang tidak
tenteram. Hal ini kerana, menurut salah seorang guru di sekolah tersebut,
pengetua itu sering mengeluarkan kata-kata ugutan seperti menukarkan tempat
perkhidmatan dan memberikan markah yang rendah. Apa sahaja yang dilakukan oleh
guru di sana mesti tidak kena pada pengetua tersebut menyebabkan suasana
persekolahan menjadi dingin apabila guru-guru, pekerja sekolah dan pelajar
menyatakan tertekan untuk bekerja dan belajar. Isu ini menjadi lebih parah
apabila histeria berlaku di sekolah tersebut akibat tekanan yang dialami.
Ø Isu ini menunjukkan pengetua di sekolah tersebut gagal dalam
melaksanakan tanggungjawabnya dalam memimpin ahli-ahlinya. Pengetua ini tidak
berjaya meraih kepercayaan guru-guru kerana sifatnya. Akibatnya, hubungan
pengetua dengan guru-guru serta pelajar renggang, dingin dan protes pun akan
berlaku. Seorang pengetua itu perlu menyemai sifat yang mesra, prihatin dan
profesional dalam organisasi untuk memastikan semua rancangan berjalan dengan
lancar tanpa menyakitkan mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment