My Friend

Bab 9 Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin




DEFINISI DISIPIN
Ø  Disiplin merupakan satu latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk membentuk tingkah laku yang dikehendaki. 

Ø  Disiplin juga  diertikan sebagai suatu sikap atau tingkah laku dan perbuatan yang sesuai dengan tata aturan atau norma yang digariskan (T.Rusyandi, 1997). 


Ø  Disiplin juga  merupakan kesediaan untuk mematuhi peraturan-peraturan dan larangan-larangan (Amier Daien Indrakusuma, 1973).
 
Ø   Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.


Ø  Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman serta keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.  Disiplin memainkan peranan yang penting iaitu  ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.

DEFINISI TINGKAH LAKU
·   Tingkah laku ialah perbuatan,gerak geri seseorang manakala disiplin pula merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.

·      Jenis tingkah laku dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka menganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.

FAKTOR-FAKTOR MASALAH DISIPLIN PELAJAR
  v  Rakan sebaya
  v  Keluarga
  v  Kesedaran pelajar
  v  Teknologi
  v  Agama 


 Bidang pendidikan merupakan salah satu tunjang utama untuk memajukan lagi pembangunan negara. Pendidikan memainkan peranan penting dalam mengawal disiplin pelajar ketika di sekolah. Oleh itu, murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa dan dapat berkhidmat kepada negara kelak. Atas dasar ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dalam pelbagai bentuk untuk menangani masalah disiplin murid. Justeru, hal ehwal disiplin pelajar mestilah diambil berat oleh pihak sekolah. 

ULASAN ISU






    ·     Berita di atas merupakan isu disiplin yang dilaporkan pada tahun lalu dimana kes ponteng sekolah dalam kalangan pelajar pada tahun 2017 mencatat rekod yang tertinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa kes ponteng sekolah ini adalah yang paling kerap berlaku dalam salah laku disiplin pelajar. Terdapat juga beberapa sekolah di Malaysia ini yang turut dikenal pasti sebagai sekolah ‘hotspot’ (kawasan panas) , iaitu sekolah-sekolah yang mempunyai potensi berlaku salah laku disiplin yang tinggi. Isu ini membuktikan bahawa pengawalan disiplin pelajar di sekolah masih belum memuaskan. Pasti terdapat masalah pengurusan atau sikap pendidik yang menyebabkan masalah ini berlarutan.

     ·      Oleh itu, pihak sekolah haruslah bertindak lebih proaktif lagi dalam merancang langkah yang lebih efisien dan efektif dalam mengatasi isu salah laku pelajar di sekolah. Pihak sekolah perlulah bekerjasama dengan ibu bapa untuk bersama-sama mendidik pelajar di dalam dan juga di luar sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan pihak polis untuk menjadi moderator atau pemantau disiplin pelajar.




1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete